Rabu, 6 Januari 2010

program awal tahun untuk tingkatan 4,5 dan 6

MELAKAR CITA-CITA, MENGEJAR IMPIAN.
Sebagai NGO yang bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kebajikan pelajar Melayu, akan dianjurkan satu program membantu pelajar Melayu terutamanya pelajar di Bagan Datok menetapkan matlamat serta mengejar impian anda.
Program yang hanya memerlukan anda membuangkan masa selama 4 jam sahaja bersama kami terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah dan perkongsian serta segmen kedua perbengkelan dan percambahan minda. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh saudara YDP dan geng-nya.
Diakhir program, peserta akan mendapat manfaat bagi menetapkan matlamat serta idea bagaimana untuk membentuk cita-cita serta impian dan berusaha mengjarnya untuk merealisasikan impian tersebut.
Sekolah yang akan dijelajah dalam program ini ialah, Sri Muara, SMK Rungkup, Tun Razak, Khir Johari, Sri Perkasa, Hutan Melintang dan mungkin (jika mendapat kebenaran) Irsyadiah dan Al-ulum.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 016-9658362, moga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Melayu Bagan Datok.