Ahad, 2 Mei 2010

BENGKEL STPM UNTUK SUBJEK EKONOMI....

TAJUK : BENGKEL STPM 1 HARI BERSAMA DR HAMZAID YAHYA.
TARIKH : 29 MEI 2010
MASA : 8.00 PG HINGGA 6.00 PTG
TEMPAT : SEK. MEN. KEB. AHMAD BUSTAMAM, SITIAWAN, PERAK.
YURAN : RM 10.00

KETERANGAN LANJUT : 0169658362 / 0195752801

FASILITATOR : PROF. DR HAMZAID YAHYA. (PERSONAL COACHING)
BIODATA :

Seorang pakar ekonomi yang terlibat secara langsung dalam bidang perancangan ekonomi negara dan pendidikan.Beliau dilahirkan di Batu Pahat Johor dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang pendidikan.Menduduki peperiksaan SPM pada umur 15 tahun, STPM pada umur 17 tahun dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada umur beliau 18 tahun.

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian pada usia 21 tahun. Memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of East Anglia , England dan PhD dari Washington State University, USA . Beliau merupakan pelajar pertama yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD di Washington State University dalam bidang ekonomi dalam tempoh 3 tahun 4 bulan berbanding dengan 7 tahun bagi pelajar-pelajar lain. Beliau telah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia selama 22 tahun dan Departament of Economics, Washington State
University, USA selama 2 tahun. Beliau adalah merupakan pengasas badan jariah Dana Pendidikan Dr. Hamzaid.

Selain itu juga beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam peperiksaan STPM, khususnya dalam mata pelajaran ekonomi dan pernah menjadi ahli Majlis Peperiksaan Malaysia . Beliau telah menulis sebanyak 11 buku teks ekonomi yang diantaranya telah digunakan sebagai teks utama bagi mata pelajaran ekonomi STPM semenjak tahun 1978.

Sabtu, 1 Mei 2010

pembentangan 1 oleh dr mahani dari isis...

laporan lansung tidak dpt buat atas permintaan pembentang close sesion.... harap maaf semua..... tq... UPDATE AKAN DIBUAT DARI MASA KESEMASA...

ISU BLOK M: KERAJAAN PERLU TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SEGARA.

PERKASA mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat serta menyediakan kertas putih berkaitan isu Blok M yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Jika kes jenayah serta yang kurang berkepentingan awam boleh ditubuhkan oleh kerajaan ini merupakan kes berkepentingan negara.
Gesaan tersebut dibuat oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semasa berucap di pembukaan Bengkel Agenda Melayu Di Dalam Model Ekonomi Baru di ibu negara pagi ini.

MENGABAIKAN PERKARA 153 JUGA ADALAH JENAYAH.

Jenayah bukan sahaja membunuh, merompak, meliwat atau memandu tanpa lesen dinegara ini. Akan tetapi melanggar peruntukan Perlembangaan Perkara 153 juga merupakan jenayah. Meskipun ianya bukan satu perkara yang disedari, perlanggaran akta yang termaktub dalam perlembagaan juga merupakan jenayah.
Siapa yang melanggarnya tidak kira kerajaan atau siapa sahaja perlu dihadapkan kemuka keadilan.

Sekolah Agama Rakyat Perlu Diberi layan yang setimpal..

Kerajaan perlu memberikan perhatian serta bantuan kewangan yang lebih kelapa sekolah Agama Rakyat berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Ini kerana kerajaan boleh membelanjakan kira-kira RM 1.8 billion untuk membayar gaji kakitangan sekolah berkenaan.
Sedangkan pula Sekolah Agama ini dikenakan berbagai sekatan dan halangan untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Sekolah ini dikawal bagi memasatikan supaya tidak ada campurtangan politik atau sekolah ini dijadikan markas politik.
Manakala SJK Cina dan Tamil diberikan autonomi sepenuhnya tanpa sebarang kawalan seperti sekolah agama.
Menurut Presiden Perkasa lagi, Datuk Ibrahim Ali "PERKASA mencabar kerana untuk tidak mengenakan sebarang tekanan serta sekatan dan kawalan kepada sekolah agama diberi sama autonomi yang diperolehi SRJK cina dan tamil.

langsung dari memorial tun huseein onn...

70% melayu sokong PERKASA.

menurut Naib Presiden PERKASA, Dr Zubir Harun menyatakan bahawa dalam satu tinjauan yng dibuat bahawa 70% orang Melayu meyokong PERKASA. Ini menunjukkan bahawa sudah berlaku kesedaran dikalangan orang Melayu terhadap perubahan dan pembangunan bangsa.

Jumaat, 26 Februari 2010

LEBIH 60 NGO MELAYU TANDATANGAN DEKELARASI MPM

Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah selepas 64 tahun perhimpunan pertama yang menghimpunkan orang melayu untuk menentang Malayan Union. Hari lebih 60 NGO berhimpun sekali lagi untuk menanda tangani persetujuan penubuhan Majlis Perunidngan NGO Melayu.

Meskipun perbezaannya hanyalah perjuangan kali ini untuk mempertahankan hak dan ketuannan melayu dan bukan lagi menentang penjajah. Majlis menandatangi kali iniyang berlangsung tepat jam 12.00 tengahari di tempat yang sama pada peristiwa 64 tahun yang lalu.

(nota gambar akan menyusul kemudian)

jangan cubq ganggu hak 153 orang melayu

Jangan sesiapa pun cuba gugat keharmonian negara dan cuba membawa isu yang sensitif kepada negara. Hak keistemewaan orang Melayu dalam perlembagaan 153 harus difahami serta dipertahankan oleh setiap umat melayu.

MAJLIS PERUNDINGAN NGO MELAYU BUKAN PARTI POLITIK

majhlis Perunidnagan NGO Melayu tidak akan jadi sebuah parti politik ianya hanyalah satu pergerakan NGO dan tidak mempunyai sebarang ketua. Hanya satu sekretariat sahaja bagi mengurus majlis ini kata Dato' Ibrahim Ali Presiden Perkasa.

kita harus menjadi benteng kepada mereka yang cuba menggugat hak orang melayu.

Khamis, 25 Februari 2010

isi hati usahwan Melayu

Mengapa pelabur tempatan tidak melabur didalam negara, hanya 10% ekonomi dikawal oleh bumiputera, 90% lagi dikawalkan oleh manoriti.

isu-isu usahawan Bumiputera :-
1. usahawan bumiputera susah sangat untuk mendapatkan pinajaman dan kemudahan kewangan.
2.kebanyak dasar membantu bumi tidak bergerak dengan sempurna.

kenyataan francis yeoh "brutal business" merupakan satu tekanan kepada usahawan bumiputera. apakah yang dimaksudkan oleh mereka. Diakhirnya mereka tetap menyatakan Malaysia sebagai negaranya.

ini menunjukkan masalah kepimpinan sedang melanda negara ini, ini kerana semua orang bersuiara tanpa memikirkan sensitiviti kaum lain.

Suara hati oleh Haji Hasan Hamzah, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia.

Bumiputera Sabah dan Sarawak juga mendapat perhatian

Secara amnya isu Sabah dan Sarawak berkisar kepada dasar dan polisi dan secara keseluruhannya ialah pemansuhan MECD. Peningkatan Kos operasi perniagaan diSabah dan Sarawak membebankan.

public driving economic... tan sri amirsham

Public sector driving merupakan pendekatan yang terbaik dari private sector driving.

Dato' Mukriz Tun Mahathir Memudahcara.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Mukriz Mahathir menjadi pemudahcara bagi sesi pertemuan dengan NGO Melayu dan Bumiputera. Turut hadir seorang lagi Timbalan Menteri Dato' jacob.

sebelum dari itu satu sesi tertutup pertemuan diantara Dato' Jacob dengan wakil NGO Bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

sekarang taklimat sedang diberikan oleh salah seorang orang kuat MPEN

rehat sebentar

Kini Forum NEM sedang berehat sebentar sementara menantikan ketibaan Menteri, Timbalan Menteri MITI. Selepas ini sesi bersama Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara Tan Sri Amirsham.

Dari masa kesemasa, blog ini akan memuatkan maklumat terkini yang diperbincangkan didalam forum ini. Teruskan melayari blog ini.

Rabu, 24 Februari 2010

Sebahagian Peserta Forum New Economic Model


Sebahagian peserta yang sedang mendengar pembentangan dari Pengerusi MARA merangkap Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.

Dato' Seri Idris Jusoh Ketika Membentangkan Kertas Cadangan Senario Ekonomi Sekarang

keperluan segera

Perlu ada sebuah unit khas yang diberikan kuasa dan peruntukan untuk memantau, merancang dan melaksana Agenda Ekonomi Melayu menurut Pengerusi MARA yang juga Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh.

3000 tukang lobby di Amerika

mereka bekerja untuk kepentingan syarikat besar. "nearly 3k lobbyists officially registered"

senario ekonomi dunia masa kini (dato' seri idris jusoh)

1. demokrasi pasaran bebas ?
- hanya wujudkan beberapa syarikat besar (oligolistic in nature)
- it ; microsoft,apple
- automotive :gm, ford
- Media cnn, bbc etc

2. 1/2 penduduk dunia miskin 2 billion pendpatan 1 USD sehari.
(john perkins: 2009)

3. pertanian di Amerika disubsidi (www.organicconsumer.org) Amerika boleh jual jagung below cost price production.

forum berhenti berehat....

Sesi pertama telah tamat, sekarang berhenti rehat utk solat dan makan tengahari. Majlis akan disambung semula pada 2.30 ptg.... teruskan melayari blog ini. Terima Kasih.

HAPUSKAN SEKOLAH ALIRAN CINA DAN INDIA

Jika benar-benar semangat 1 Malaysia hapuskan sistem pendidikan sekolah aliran Cina dan India. Ini demi kepentingan generasi akan datang. Jika sistem ini masih kekal, 1 Malasyia tidak akan berjaya. Sistem pendididkan amat perlu diperbaikan ia sebenarnya telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir dengan mewujudkan sekolah wawasan.

GABEM CADANG PANDANGAN NGO PERLU DIAMBIL KIRA

Wakil GABEM meminta kerajaan mengambil kira pandangan serta NGO Melayu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dasar dan polisi negara. Hanya usahawan yang benar-benar tyahu permasalahan usahawan.

andaian preemptive model ekonomi baru

1. pemacuan ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi
2. pemacuan ekonomi berasaskan pertumbuhan, daya saing kuasa pasaran dan peluang yang sama.
3. tumpuan dan insentif kepada sektor peyumbang pertumbuhan.
4. pengwujudkan pemian untuk pasaran global
5. penyahan elemen-elemen penghambat pacuan ekonomi.
6. peningkatan keupayaan melalui inovasi dan RnD.
7. memberikan keutamaan kepada produktiviti, pertumbuhan dan merit.

DIMANA KEADILAN EKONOMI ?

situasi sosio ekonomi melayu masa kini. :-

1. Keadilan Sosial - pengagihan kekayaan berasaskan hak samarata, bukan mengikut komposisi kaum.

2. Pencapaian ekonomi orang melayu mendatar (stagnant).

3. dasar distributive dan affirmative semakin dipersoalkan.

3. kegagalan menguasai sektor dan sistem rangkaian nilai.

4. dominasi pasaran minoriti

5. asas pendapatan isi rumah yang rendah.

6. hilangnya agensi dan jabatan yang menjaga kapasiti orang melayu

LIPUTAN DARI FORUM NEW ECONOMIC MODEL

Sekarang ini pembentangan kertas kedua oleh DPMm, sedang membincangkan terhadap PELAN TINDAKAN PRE-EMPTIVE MODEL EKONOMI BARU.

1 MALAYSIA kini dilihat seperti orang buta mentafsir gajah. ini kerana tiada suatu kerangka kerja yang khusus.

2 Kini Model Ekonomi Baru dilihat satu usaha pengagihan ekonomi samarata dan tiada lagi hak keistimewaan orang melayu.

Selasa, 23 Februari 2010

BANTUAN KEPADA MELAYU ADALAH PENGAHALANG KEPADA KEMAJUAN

Menurut Gabem, dalam satu cadangan yang dikemukakan oleh NEC dengan dibantu oleh syarikat perunding dari Amerika menyatakan bahawa membantu Melayu yang dilakukan oleh kerajaan selama ini merupakan halangan kepada kemajuan negera.

Mereka turut menyebut, pasaran bebas adalah cadangan yang paling ideal akan tetapi Amerika sendiri ekonominya merudum disebabkan pasaran bebas. Malah Iceland sekarang sudah pun muflis, mengikut jejak langkah Iceland ialah Spain, Italy, portugal dan Greece.

oleh yang demikian, Malaysia perlu berhati-hati cadangan tersebut. Agenda pembangunan Melayu mestilah satu merupakan perjuangan yang berterusan.

SILA BERI CADANGAN PADA MARA

Jika ada sebarang cadangan dalam pendidikan dan pembangunan usahawan sila kemukakan terus kepada Ketua Pengarah Mara. Mara secara serius akan menkaji serta meneliti untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri. Cadangan tersebut mestilah lengkap dengan peruntukannya sekali.

SILA BERI CADANGAN PADA MARA

Jika ada sebarang cadangan dalam pendidikan dan pembangunan usahawan sila kemukakan terus kepada Ketua Pengarah Mara. Mara secara serius akan menkaji serta meneliti untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri. Cadangan tersebut mestilah lengkap dengan peruntukannya sekali.

mara hanya mendapat peruntukan yang kecil sahaja

Selama 45 tahun Mara hanya dapat RM 4 juta bagi setiap negeri dalam jumlah RM 2.3 billion, sedangkan agensi dan peruntukan yang lain dengan mudah mendapat peruntukan yang banyak. RM 1.8 billion untuk sekolah cina, IKUINAS mendapat RM 10 billion sedangkan Mara hanya mendapat peruntukan yang kecil. Dimana Keadilannya...

mara hanya mendapat peruntukan yang kecil sahaja

Selama 45 tahun Mara hanya dapat RM 4 juta bagi setiap negeri dalam jumlah RM 2.3 billion, sedangkan agensi dan peruntukan yang lain dengan mudah mendapat peruntukan yang banyak. RM 1.8 billion untuk sekolah cina, IKUINAS mendapat RM 10 billion sedangkan Mara hanya mendapat peruntukan yang kecil. Dimana Keadilannya...

gabem minta hal milik terus bagi penyewa di puduraya

Wakil Gabem juga merupakan jurucakap kepada persatuan penyewa bangunan puduraya meminta kerajaan memberikan hak milik kepada penyewa kerana dah berpuluh tahun menyewa. Beratus ribu telah dibayar, tetapi masih lagi menyewa...

live dari tingkat 24 mara...

MARA TIDAK PUNYE PERUNTUKAN : mara tidak mempunyai wang buat masa ini, menurut kata ketua pengarah mara dalam majlis pertemuan dengan NGO melayu sekarang.

live dari tingkat 24 mara...

MARA TIDAK PUNYE PERUNTUKAN : mara tidak mempunyai wang buat masa ini, menurut kata ketua pengarah mara dalam majlis pertemuan dengan NGO melayu sekarang.

HAPUSKAN SEKOLAH CINA DAN INDIA

Demi memenuhi aspirasi dan konsep 1 Malaysia, GPMS Bagan Datok mencadangkan dihapuskan semua sekolah jenis kebangsaan cina dan india bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia.

Jika tidak, semua usaha yang menjurus kepada perpaduan, persefahaman serta permuafakan tidak akan memberikan sebarang makna. Ini kerana masing-masing mempunyai aliran sekolah masing-masing. Bila masanya akan berlaku penyatuan serta persefahaman kaum.

Cadangan penghapusan ini akan dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibentangkan dalam parlimen dalam masa yang terdekat.

Rabu, 17 Februari 2010

REAKSI BALAS CADANGAN PM

5 RIBU TEMPAT DI UITM PEMANGKIN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan dunia pendidikan orang Melayu, perjuangan bermula dengan Institut Teknologi Mara (ITM) sehingga dinaik taraf kepada Universiti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri meminta agar UiTM menyediakan tempat kepada 5 ribu orang pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah dinegara ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kelangsungan pendidikan pelajar Melayu.
Sehubungan dengan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datok menyokong penuh gesaan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu. Ini kerana GPMS Bagan Datok sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu ditangan kami.

Berpendapat, langkah yang diambil kerajaan ini dilihat bukan sahaja kepada peningkatan pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi akan tetapi harus dilihat dari sudut yang lain seperti peningkatan professional Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang kritikal yang didomonasi oleh kaum tertentu dinegara ini.

Selain itu, dengan tawaran kepada pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah setidak-tidaknya peningkatan taraf hidup keluarga pelajar yang terlibat akan berubah dalam masa lima tahun kemudian selepas bergraduasi.
Meskipun begitu, seperkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak university pula ialah jumlah yuran serta kos sara hidup sepanjang pengajian. Kemudahan dermasiswa, biasiswa atau pinjaman perlulah disediakan bagi memudahkan pelajar yang berjaya ditempat dalam program ini.

Skim bayaran balik pinjaman juga perlu dipermudahkan supaya kehidupan selepas pengajian benar-benar dapat dinikmati bukan sahaja pelajar yang terlibat malah keluarga juga dapat melepasi garis kemiskinan.

GPMS Bagan Datok juga mendapati hanya 50% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tempat melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta manakala baki 50% lagi terbiar tanpa sebarang aktiviti atau usaha seterusnya untuk belajar mahupun berkerja. Dalam usia yang muda, mereka ini biasanya hanyut dan terbiar juga penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah.

Dalam situasi ekonomi dunia yang belum pulih sepenuhnya, tenaga muda ini seharusnya diberikan latihan kemahiran serta ilmu yang boleh membantu menjaya ekonomi sendiri. Ini juga selarasnya dengan model ekonomi baru yang bakal diumukan kerajaan, penjanaan ekonomi melalui ilmu pengetahuan dan modal insan.

Oleh yang demikian, GPMS Bagan Datok amat mengalu-alukan cadangan kerajaan bagi menyediakan tempat kepada 5 ribu pelajar atau lebih di UiTM dan tawaran seperti ini haruslah diikuti oleh lain-lain institutsi pengajian tinggi awam dinegara ini dan mungkin juga boleh dibuka kepada umum selaras dengan konsep 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat.

Rabu, 6 Januari 2010

program awal tahun untuk tingkatan 4,5 dan 6

MELAKAR CITA-CITA, MENGEJAR IMPIAN.
Sebagai NGO yang bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kebajikan pelajar Melayu, akan dianjurkan satu program membantu pelajar Melayu terutamanya pelajar di Bagan Datok menetapkan matlamat serta mengejar impian anda.
Program yang hanya memerlukan anda membuangkan masa selama 4 jam sahaja bersama kami terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah dan perkongsian serta segmen kedua perbengkelan dan percambahan minda. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh saudara YDP dan geng-nya.
Diakhir program, peserta akan mendapat manfaat bagi menetapkan matlamat serta idea bagaimana untuk membentuk cita-cita serta impian dan berusaha mengjarnya untuk merealisasikan impian tersebut.
Sekolah yang akan dijelajah dalam program ini ialah, Sri Muara, SMK Rungkup, Tun Razak, Khir Johari, Sri Perkasa, Hutan Melintang dan mungkin (jika mendapat kebenaran) Irsyadiah dan Al-ulum.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 016-9658362, moga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Melayu Bagan Datok.