Isnin, 30 November 2009

ISU PENGAHRAM KURSUS BTN DI SELANGOR...

Kurikulum BTN Dirombak Diselaras Dengan Konsep 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kabinet bersetuju merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata keputusan kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.
"Kita harus merombak kurikulum BTN. Sekarang konsep IMalaysia. Kurikulum sebelum ini tidak menepati dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari Isnin.
Isu BTN memuncak apabila kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan melarang kakitangan dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri itu daripada mengikuti kursus atau program BTN berkuatkuasa serta merta.Arahan kerajaan Negeri Selangor itu dikeluarkan kerana program BTN didakwa sekadar sesi membasuh otak yang sengaja diolah Barisan Nasional (BN) untuk meracuni pemikiran peserta bagi membenci pembangkang selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Tindakan Negeri Selangor itu juga dijangka bakal diikuti kerajaan negeri Pulau Pinang.Mohamed Nazri berkata, jika bercakap mengenai integrasi kaum, semestinya kita tidak boleh bercakap mengenai satu kaum itu sahaja, sedangkan kaum lain juga dijemput sama."Sehubungan itu saya percaya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah pun mengarahkan BTN untuk membuat rombakan tersebut," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang diumumkan Mohamed Nazri itu berkata, terdapat percanggahan pandangan oleh beberapa pemimpin kerajaan dengan apa yang diumumkan itu.
Beliau berkata beberapa pemimpin BN mengatakan BTN diasaskan untuk menimbulkan kesedaran serta memupuk semangat kebangsaan, sedangkan apa yang diumumkan Mohamed Nazri adalah sebaliknya."Ada percanggahan pandangan daripada pimpinan BN lain yang mengatakan BTN adalah program terbaik memupuk kesedaran kebangsaan sedangkan Mohamed Nazri mengatakan kurikulum BTN perlu disusun semula.
"Ini bermakna ada beberapa pemikiran atau modul asas dalam BTN itu perlu dirombak. Saya tidak tahu apa maksud mereka tetapi soal BTN ini telahpun dibahaskan berulang kali," katanya.Anwar berkata, beliau tidak ada masalah dengan mana-mana kursus sama ada dianjurkan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri asalkan tujuannya untuk membangkitkan kesedaran dan motivasi kepada peserta.
Sehubungan itu Anwar meminta tokoh-tokoh utama BTN untuk untuk tampil ke hadapan berhujah dan berbahas secara terbuka mengenai isu tersebut."Sebaiknya tokoh-tokoh BTN harus berdepan dan jawab serta bahas secara terbuka mengenai isu BTN sebagai seorang pejuang Melayu. Jangan hanya menjerit dalam suasana tertutup," katanya.
Sementara itu, Mohamed Nazri ketika diminta mengulas mengenai cabaran Penasihat DAP Karpal Singh agar beliau menemui Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengeluarkan 'fiat' atau perintah bagi membolehkannya mendakwa Datuk V.K Lingam berhubung isu 'klip video Lingam' berkata, beliau telah berbuat seperti apa yang diharapkan Karpal.Mohamed Nazri berkata beliau telah menemui Peguam Negara berhubung tawaran Karpal itu dan terpulang kepada AG untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Karpal sebelum ini dilaporkan bersedia menawarkan khidmat sukarelanya bagi mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V.K. Lingam sekiranya Peguam Negara membenarkan beliau berbuat demikian.Beliau juga menyeru Mohamed Nazri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepadanya bagi tujuan mendakwa Lingam.
Terdahulu, Mohamed Nazri yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Negara menerima sumbangan berjumlah RM150,000 daripada Amanah Raya Berhad untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Khamis, 26 November 2009

SALAM EIDUL-ADHA

Salam Eidul-Ahda buat semua pelajardan umat Islam yang membacablog ini. untuk sementara waktu blog ini tidak aktif kerana beberapa kewalangan yang tidak dapat dielakkan.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGOK BLOG INI.

Isnin, 23 November 2009

CERITERA SELEPAS PAT 55

Reezal Merican Pertimbang Tanding Presiden MBM

SHAH ALAM, 22 Nov (Bernama) -- Bekas presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau akan mempertimbangkan kemungkinan bertanding merebut jawatan nombor satu Majlis Belia Malaysia (MBM) pada pemilihan pertubuhan itu akan datang.

Katanya hasrat untuk bertanding jawatan presiden MBM merupakan antara perancangan beliau pada masa akan datang jika diberikan peluang setelah beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden GPMS pada pemilihan tahun ini.Presiden MBM sekarang ialah Shamsul Anuar Nasarah yang memegang jawatan itu sejak tahun 2005.

Bercakap kepada pemberita pada Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-55 di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) di sini hari ini, katanya buat masa ini beliau akan memberikan perhatian terhadap usaha-usaha untuk membantu memperkuatkan serta mengukuhkan GPMS termasuklah barisan kepimpinan baru yang telah dipilih oleh perwakilan.

Walaupun beliau tidak lagi menjadi presiden GPMS, beliau mahu pertubuhan itu tersusun dan teratur terutamanya selepas usahanya yang mahu lebih ramai golongan muda dalam barisan kepimpinan pertubuhan itu.Sungguhpun tidak berjawatan dalam GPMS, katanya beliau tetap bersama pertubuhan itu selepas ini.

Pada pemilihan GPMS kali ini, timbalan presidennya, Jais Abdul Karim telah dipilih, setelah tidak ada pertandingan, sebagai presiden baru sementara naib presiden, Rosdi Amir sebagai timbalan presiden bagi mengisi kekosongan jawatan yang dilepaskan Jais.

Sabtu, 21 November 2009

PAT HARI KE-2 (pengundian)


PAT 55 masuk hari kedua, tidak banyak yang menarik melainkan saat yang ditunggu oleh semua perwakilan iaitu proses pengundian. Sehingga jam 14:00 hrs, masih terdapat 30% lagi perwakilan yang belum mengundi calon yang diarahkan oleh ketua perwakilan mereka.


Kelewatan proses pembuangan undi disebabkan oleh masalah teknikal dimana mesin photokopi dikatakan terbakar akibat kelampauan beban tugas. Proses pembuangan undi bermula kira-kiran jam 11:00 pagi.


Hanya jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sahaja yang dipertandingkan. Seramai 33 calon yang layak bertanding untuk kesemua jawatan tersebut.


Keputusan penuh pemilihan jawatankuasa yang baru ini hanya akan dapat diketahui kira-kira jam enam petang ini. Keputusan rasmi juga akan turut dipaparkan dalam blog ini.

Jumaat, 20 November 2009

MELAYU PERLU BIJAK UNTUK TERUS KEKAL DIDUNIA.

Melayu perlu bijak untuk terus kekal dan tidak hilang didunia, ini kerana barisan kepimpinan bila hari ini merupakan tongak kepada kelangsungan perjuangan akan datang, Disamping itu, kebijaksanaan amat perlu bagi menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia.

Didalam kebijaksanaan ini amat perlu bagi memastikan hak melayu dipertahankan.

GPMS CADANG SEKOLAH AMANAH 1 MALAYSIA


GPMS mencadangkan agar sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Amanah 1 Malaysia diwujudkan seperti mana yang diuar-uarkan sebagai sekolah 1 aliran yang pernah dicadangkan sebelum ini.


Sebagai permulaan 5 sekolah boleh dibagunkan mengikut koridor ekonomi yang telah dibentuk oleh kerajaan. Ini kerana asas pembangunan telah pun disediakan oleh kerajaan dan merupakan nilai tambah kepada pembangunan koridor ekonomi untuk rakyat yang terlibat.


Bagi membangun cadangan ini, sekolah tersebut dibangunkan oleh syarikat berkaitan kerajaan GLC ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial serta pulangan keuntungan syarikat GLC berkenaan.


Dalam hal ini, GPMS bukanlah bersifat rasis dalam memperjuangkan hal ini. Beliau juga turut meminta perseidangan kali ini membahaskan hal ini supaya ianya merupakan identiti Malaysia.

5 TERAS PRISIP PEJUANG GPMS


5 perkara teras telah digariskan oleh Presiden GPMS Datuk Seri Reezal Marecan dalam ucapan dasarnya sebentar tadi di Dewan Seri Budiman, Uitm Shah Alam.


5 perkara itu ialah KOLEKTIF, KEBERTANGGUNGJAWAB, KECEMERLANGAN, KEIKHLAS dan KESUNGGUHAN. 5K ini merupakan teras dalam perjuangn bagi pimpinan yang baru seperti yang digariskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


Selain daripada itu, setiap perwakilan perlu memilih calon yang benar-benar berwibawa yang sememangnya telah sebati dengan perjuangan GPMS. "Kita perlu memilih pemimpin yang sudah faham, lali dengan sepak terajang serta mampu memperjuangkan asas perjuangan", jelas Datuk Seri Reezal Merican, Presiden GPMS.


Tambahnya lagi, beliau akan terus memastikan GPMS tetap berada dibelakang Kementerian Pelajaran selagi ianya memperjuangkan nasib pelajar Melayu dalam membuat dasar serta pelaksanaan program kementerian tersebut.

SENARAI BELUM SAH UNTUK BERTANDING...

(peringatan: ini hanya pandangan peribadi penulis sahaja)
Setelah diamati dan dirisik-risik dengan perwakilan dan bincang-bincang bersama orang lama-lama dalam GPMS rasanya berikut adalah jangkaan siapa yang akan betanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Presiden : Calon semua orang tahu Rosdi Amir dan Jais Karim.
Jangkaan Menang : Rosdi Amir (majoriti kecil)
Rasional : Memandangkan karektor Rosdi Amir ini "cool" ianya adalah lebih baik dari yang panas baran dan kelam kabut atau vokal. Sifat bertenang serta pertimbangan dari faktor umur menyebabkan perwakilan memilih Rosdi Amir. Disamping itu juga beliau tidak menampakkan perjuangan politiknya memihak kepada mana-mana parti secara terang-terangan. Oleh itu, Rosdi Amir orang yang layak dengan jawatan ini.
Timbalan Presiden : Calon yang sama. (kemungkinan Zambri Mohd Isa)
Jangkaan Menang : Jais Karim.
Rasional : Jais Karim merupakan orang yang kuat kerja dan mempunyai rangkaian atau network yang besar. Selain itu, beliau juga orang yang vokal dan lantang bersuara. Bertindak agresif dalam semua hal. OLeh itu belaiu adalah orang yang layak memegang jawatan ini disamping faktor umur yang masih punya 1 penggal lagi.
Naib Presiden : Senarai ini mengikut pilihan hati.
1. Irmohizam Ibrahim
2. Ahmad Yaqub Nazri
3. Hasnul Fairuz Husin Amri dan Mohamad Asri Shafii
4. Mohamad Marwan Abu Kasim
Calon kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing serta kekuatan masing-masing. Sekiranya mengikut populariti dan senioriti, masing-masing ada kelebihan. Tidak boleh komen lebih-lebih kerana takut dikatakan masuk bakul angkat sendiri. Hakikatnya Mohamad Asri merupakan antara yang senior dalam pencalonan ini, akan tetapi terpaksa bersaing hebat dengan Hasnul kerana dari satu negeri.
JADI SIDANG PERWAKILAN SILA BUKA MATA DAN MINDA ANDA, FIKIRKANLAH YANG TERBAIK ATAS PERTIMBANGAN AKAL DAN FIKIRAN BUKAN PAKSAAN. 1 UNDI ANDA AMAT BERMAKNA DAN 1 UNDI BOLEH MENGUBAH SEGALANYA.

ROSDI AMIR vs JAIS KARIM siapa yang menang ?


Semua pihak sedia maklum bahawa Perdiangan Agung Tahunan (PAT) tahun ini merupakan tahun pemilihan, seperti dalam tulisan yang lepas saya labelkan tahun penting dan pertama kali menggunapakai Akta Belia dan Pertubuhan Belia.

Maka andai saya bahawa cawangan mee segera serta calon yang ditunjuk dan beberapa lagi perkara yang menakutkan telah pun berlaku dan akan berlaku. Secara jujurnya, memang ada pertembungan diantara Rosdi Amir (RS) dan Jais Karim (JK) dalam dua jawatan penting iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Khabarnya, dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Majlis Presiden (MP) tidak mendapat kata sepakat untuk berkompromi yang mana RS presiden dan JK timbalan presiden. Dikhabarkan juga tetap lawan, jadi untuk batu tenggelam dan untuk sabut timbul.

Ingin saya mengimbau cerita silam yang ramai diantara perwakilan tidak mengetahuinya atau terlupa. Bermula dengan PAT tahun 1994 dimana GPMS tidak persidangan kerana dikatakan ada cawangan yang tidak sah wujud dalam mesyuarat tersebut.

Seingat saya ketika itu saya salah seorang Jawatankuasa Pentauliahan yang mentauliahkan semua cawangan serta ahli yang hadir. Tanpa disedari berlakunya kesilapan teknikal iaitu dikatakn terdapat perwakilan berusia 12 tahun.

Ketika itu, pertandingan Presiden diantara Dr Nordin Kardi dan Suhaimi Ibrahim. Juga terdapat yang menipu soal masa kedatangannya dengan alasan mereka datang dan daftar awal tetapin tidak masuk dewan persidangan kerana ada urusan lain. Kita saya menyaksikan Dr Nordin Kardi menangis atas sikap rakan seperjuangan mereka.

Kerana rasa tidak puas hati dengan kekalahn tipis Suhaimi Ibrahim maka keesokan harinya satu laporan polis yelah dibuat dan Pendaftar Pertubuan (ROS) membatalkan mesyuarat tersebut. Dalam usaha menyelesaikan perkara ini, bermacam usaha dilakukan sehingga melarikan daftar keahlian dan sebagainya.

Puncanya adalah kalah dan tidak puashati, maka kepentingan keseluruhan kepentingan Melayu digadaikan oleh mereka yang saya labelkan sebagai tidak berhati perut. Selain itu, GPMS mencipta sejarah juga dengan 2 persidangan serentak di Bangi pada penghujung 2005.

Jadi terdapat 2 presiden dan bergaduh besar bunyi, saya masih punya gambar insiden tersebut. Ini semua adalah kerana tidak puas hati serta percaturan seorang dua dalam pentadbiran tertinggi dan mereka disebalik tabir atau tangan-tangan ajaib.

Saya sebagai ahli yang lebih 15 tahun bersama GPMS, tolonglah jangan gadaikan nasib agama, bangsa dan negara hanya kerana tidak puas hati dan tidak boleh menerima hakikat atas kekalahan tersebut.

Ingat pilih atas kemampuan bukan atas ikutan dan sogokan, yang kalah terimalah kelahan tersebut manakala yang menang jangan terus angkuh dan hilang pertimbangan. Apa kata ahli perlu didengar kerana tiada ahli jawatan anda juga akan hilang.

TERKINI DI PAT 55.


Salam buat semua yang memantau, terima kasih kerana sudi memantu tulisan saya yang tak seberapanya ini. Dibawakan kepada anda yang terkini dan terhangat dari dewan Persidangan Agung Tahun GPMS ke 55 di UITM Shah Alam.

Sidang 1, nampaknya terkawal dan dikawal dengan baik oleh yang bertanggungawab untuk menjawab soalan perwakilan. Lancar kerana telah dirancang untuk semua jawatankuasa kecil yang perlu dilantik oleh perwakilan.

Apa yang agak melucukan saya sejak sekian lama bersidang, ada yang buat lawak dengan membacakan arahan yang perlu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa kecil pilihanraya, Pengerusi Tetap suruh cadang ahli jawatankuasa, bukan keputusan mesyuarat. Itu yang saya maksudkan dengan penyataan diatas.

Setakat ini, perjalanan lingtang pukang. Ini yang saya panggil pengurusan budak-budak, mana tidaknya. Pendaftaran jauh kedaung, bilik penginapan dengan dewan bersidang mencecah 1.6km jauhnya mengikut bacaan GPS saya. pelik tak?

Yang lebih menariknya, ada yang menyatakan mereka pertama kali baru tahu dan dengar pasal GPMS. Takut-takut ada yang kena tipu, kata rombongan ke Kuala Lumpur dan tidur di UiTM tapi sebaliknya kena pergi bersidang. Itu tak pasti saya jelaskan "MUNGKIN", mana tahu dan siapa yang tahu.

Apa pun kita tunggu sidang 2 esok pagi.... selamat mengikuti tulisan saya ini.

Rabu, 18 November 2009

GEMPAR ADA PERTANDINGAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN GPMS

Dengan rasa hati yang terbuka tanpa ada sebarang niat yang tersembunyi, saya menulis satu artikel minggu lalu dan tersiar di akhbar Berita Harian (17 Nov 2009/ms 19). Dengan tersiaenya artikel ini, maka tersebarlah cerita yang saya ingin bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden GPMS Kebangsaan.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberikan sokongan moral serta kutukan dan kritikan samada yang saya dengar atau yang tuan-tuan terdetik dihati. Allah mengetahui semua ini. Saya juga dihubungi oleh saudara Jais Karim (Naib Presiden sekarang) dan menghantar sms antara lain bermaksud berbincang untuk jawatan tersebut.

Dengan izin Allah juga, pada petang tadi (18 now: 15:30hrs) saya sempat bertemu beliau di pejabat ROY atas urusan yang serupa. Maka saudara Jais bertanya tentang hasrat tersebut. Saya hanya menjawab masih dalam peertimbangan dan menanti pandangan dari rakan-rakan yang lain serta mentor-mentor saya yang lain.

Ini kerana bukan jawatan yang saya kejar atau gelaran dan habuan, saya hanya memikirkan apakah saya mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang akan saya pikul selepas ini. Selain itu juga, apakah saya berkemampuan untuk membantu anak MELAYU ISLAM di negara ini. Saya takut apabila mati nanti pelajar pakat ramai-ramai kencing kubur saya kerana kegagalan saya dalam melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan.

Jadi untuk makluman semua, khabar-khabar angin yang sedang kuat bertiup kencang ini haruslah dihentikan kerana saya belum menyatakan sebarang pendirian untuk itu. Sebarang Keputusan yang akan saya buat, akan juga saya siarkan dalam blog ini.

Tetapi barang harus diingat kepada semua pembaca tidak kira anda anggota SB, perwakilan PAT GPMS, musuh peribadi, penyokong, kengkawan serta siapa sahaja yang berminat dengan blog ini.

"SAYA SECARA PERIBADI BERSEDIA UNTUK KALAH DALAM SEBARANG PERTANDING, TAPI INGAT JIKA SAYA MENANG. SAYA AKAN PASTIKAN BERLAKUNYA SATU PERUBAHAN UNTUK SEMUA PELAJAR MELAYU ISLAM DI MALAYSIA."

bagi yang ingin bertanding atau pencabar mahu pun lawan dan kawan saya...
"bersediakah anda untuk kalah!!!!!"

Tolong jangan bermimpi yang sedang berkira-kira untuk sebarang jawatan... jangan disangka panas hingga ke petang mungkin hujan atau ribut ditengah hari atau salji yang turun, keadaan semakin tidak menentu sekarang ini.

terima kasih atas kesudian anda membaca blog ini.

PERAK SAH 27 CAWANGAN GPMS WUJUD.

Salam 1 Malaysia buat semua, saya baru sahaja keluar dari ROY (pejabat pendaftar pertubuhan belia) di putrajaya. Kebetulan pada masa yang sama sahabat saya Jais Karim (calon Presiden yang belum sah lagi) ada bersama dan sedang berbincang dengan geng ROY. Jadi saya tumpang dua kaki masuk sekali.

jadi dimaklumkan berikut adalah Cawangan GPMS yang sah serta punya no pendaftaran:

-slim river, ipoh, SITIAWAN, gopeng, gerik, parit buntar, bagan serai, bukit gantang,taiping, padang rengas, sungai siput, tambun, ipoh barat, kuala kangsar, parit, beruas, tapah, pasir salak, BAGAN DATOH, larut, unikl mimet lumut, upsi, uitm seri iskandar, unikl rcmp ipoh, teluk intan dan batu gajah + negeri perak. heheheee..

itulah ceritanya... jadi pengerusi negeri cari le orang bagi cukup dan perwakilan 26 x3 +5 = boleh menang kalau ada calon yang nak bertanding dari perak.

itulah yang terkini dari saya.

Yang Di-Pertua (yang dah sah)
GPMS Cawangan Bagan Datok.
no pendaftran :PPBM 0021-5447/09

Isnin, 16 November 2009

Mengembalikan Semangat Aminuddin Baki


Apabila sebut sahaja nama Aminuddin Baki sudah pasti mereka yang berumur 45 tahun dan keatas teringat akan jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai seorang yang memperjuangkan pendidikan Melayu. Allahyarham Aminuddin Baki juga sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semananjung atau ringkasnya GPMS.

GPMS merupakan persatuan pelajar yang tertua dinegara ini yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1948. Antara pengasas kepada penubuhan GPMS yang masih ada lagi ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selepas lebih 60 tahun ditubuhkan pelbagai kemelut serta kisah suka duka dilalui oleh GPMS dan pada 20 November 2009, GPMS sekali lagi akan hangat diperkatakan kerana mengadakan Persidangan Agung Tahunan dan kali ini adalah tahun pemilihan bagi jawatankuasa yang baru.
Apa yang lebih menariknya lagi, PAT GPMS kali ini akan mengguna pakai Akta Belia dan Pertubuhan Belia 2007 antara lain mensyaratkan pemimpin sesebuah pertubuhan belia perlulah mereka yang berumur dibawah 40 tahun.

Sekali pandang rasionalnya amat baik, iaitu menggalakkan pertubuhan belia dipimpin oleh mereka yang benar-benar belia disamping mendidik menjadi pemimpin masa hadapan serta menyemai rasa kebertanggungjawaban individu belia dinegara ini.

Dari aspek lain pula, GPMS sebenarnya akan hilang status persatuan pelajar Melayu kerana ianya dilibatkan dalam akta ini. Akan tetapi sudah pasti ada baiknya sehingga diterima pakai oleh pucuk pimpinan sekarang ini bagi mematuhi peraturan baru kerajaan.

Sayangnya GPMS akan kehilangan kepimpinan yang lama dan setia kepada GPMS sejak dari mereka muda hinggalah bersara, tetap setia dengan GPMS serta terus memperjuangkan empat sedar seperti yang difahami oleh setiap ahli GPMS.

Nama seperti Haji Zainal Noor yang menerajui GPMS Perak sejak 1976 sehingga 2009, Dr Yahya Mat Hasan, Ishak Jonet, Jaafar Bachik, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Darwis Lidin dan ramai lagi mungkin tidak dikenali oleh ahli GPMS yang muda-muda ini. Malah mungkin juga yang masih terpinga-pinga apa bila lagu rasmi GPMS dinyanyikan.

Ini kerana sudah semacam budaya dalam berpersatuan dinegara ini cawangan “mee segera”. Bila tiba musim pemilihan serta pertukaran pucuk pimpinan maka akan berkoyun-koyunlah cawangan baru ditubuhkan. Malah drama sebabak ini lebih menjadi lucu apabila diteliti hanya beberapa kerat sahaja ahli yang ditukar nama dan jawatan dalam borang pendaftaran yang dihantar kepada pendaftar pertubuhan belia.

Bagi mereka yang berkepentingan, cawangan mesti banyak dan perwakilan mesti ramai supaya mereka boleh menang bertanding untuk apa sahaja jawatan baik dari presiden sehinggalah pemeriksa kira-kira. Jawatan lebih utama dari tanggungjawab.

Akan tetapi hal ini agak berbeza jika diperhatikan sejarah orang dahulu berpersatuan, pernah dicerita ada yang menolak kerana berasakan diri mereka tidak layak untuk memimpin. Tidak seperti sekarang ini ada pula istilah “calon ditunjuk”. Persoalannya sejauh manakah mereka ini benar-benar ikhlas untuk berjuang demi ahli dan matlamat persatuan atau atas kepentingan peribadi yang gah dengan jawatan.

Bukan untuk memuji atau bermegah-megah, ianya hanya secebis ingatan serta panduan kepada semua perwakilan yang akan menghadiri PAT GPMS yang akan datang.
GPMS Perak boleh dikategorikan sebagai cawangan negeri yang paling kaya, ini kerana bukan banyaknya wang tunai ditangan akan tetapi kesungguhan Haji Zainal Noor memimpin selama lebih 30 tahun membolehkan GPMS Perak memiliki pusat latihan sendiri, beberapa bidang tanah dan lot rumah kedai dan yang terkini GPMS Perak juga memiliki Koperasi sendiri.

Satu-satunya pusat latihan milik GPMS yang dipanggil Institut GPMS terletak di Batu Gajah yang telah melatih puluhan ribu pelajar dan ratusan jenis kursus disini. Semuanya dikendalikan oleh satu unit khas yang dipanggil Biro Badan Bertindak (BBB) GPMS Perak.

Uniknya latihan yang diberikan oleh BBB GPMS Perak, mereka ini benar-benar sukarelawan. Tidak mengharapkan satu sen pun upah atau saguhati, malah perbelanjaan untuk ke Institut GPMS pun ditanggung sendiri. Kerana minat, ilmu serta empat sedar yang sentiasa dihati ahli BBB mereka ini silih berganti memberi khidmat kepada GPMS.

Penerapan nilai kepimpinan, pembudayaan ilmu serta sayangkan agama, bangsa dan negara yang diadun oleh Haji Zainal Noor bersama pengasas BBB Haji Ahmad Dalail Rakim serta Tajul Azmil Mustapa, kebanyakan ahli BBB mendapat ganjaran yang berbaloi dalam kehidupan mereka dengan lain perkataan mereka ini semuanya menjadi “orang”.

Tetapi amat dikhuatiri, apakah masih ada lagi insan-insan seperti mereka yang rela melatih ahli GPMS untuk menjadi sukarelawan sejati dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.
Persoalan ini timbul, kerana budaya yang dibawa kini agak asing sekali. Perebutan jawatan serta kempen besar-besaran ala pemilihan parti politik mula menular dalam gerakan GPMS. Mampukah pemimpin muda seusia 15 tahun menangkis atau menghindari dari terjebak dengan gaya baru berkempen ini.

Percaturan pencalonan, rayuan meraih sokongan secara terbuka serta budaya yang sememangnya bukan amalan pejuang GPMS terdahulu akan menjadi budaya baru. Maka hilanglah semangat yang dibawa oleh Allahyarham Aminuddin Baki. Secara tidak sedar perjuangan membela nasib agama, bangsa dan negara juga akan turut terhakis.

Jumaat, 13 November 2009

NAK BUAT APE CUTI SEKOLAH NIE ?

Ha, kalau anda tak pasti nak buat cuti sekolah kali ini. GPMS Bagan Datok sedang merangka program cuti sekolah untuk anda semua. Nantikan dalam masa terdekat ini senarai program yang anda boleh sertai bersama kami.

Rabu, 11 November 2009

GPMS BAGAN DATOK SAH BERDAFTAR DENGAN ROY

Salam buat semua yang membaca, sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran GPMS Bagan Datok telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia di Putrajaya semalam (11/11/09). Sebagai langkah permulaan blog ini merupakan medium perhubungan dengan kalian semua.