Rabu, 16 Disember 2009

KECOH LAGI 60:63 DI PARLIMEN.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan angka ajaib 60:63 semalam apabila Kerajaan Barisan Nasional nyaris gagal untuk meluluskan Peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Parlimen semalam. Persoalan yang timbul bagi kita semua apakah ini kualiti wakil rakyat (ahli Parlimen) yang kita pilih dalam pilihanraya yang lepas?

Ini berlaku mungkin kerana "1 Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN dan pencapaian diutamakan" adalah alasan yang menarik perhatian kita semua. Disebabkan rakyat didahulukan jadi Ahli Parlimen pun tidak sempat untuk menghadiri sidang dewan.

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan mengunjungi Parlimen dan menyaksikan sendiri sidang dewan yang kebetulan pada ketika itu lewat selesai sekitar jam 10:30 mlm. Bak kata orang Bagan Datok"boleh dibilang dengan jari jer, berapa kerat yang hadir".

Ada AP yang balik dan datang balik, ada yang datang untuk waktu di bertanya soalan dan menjawab soalan sahaja. Kesian kita yang menyokong mereka. Apakah susah duduk di Parlimen. Elaun dibayar, tempat makan ada, solat selesa dengan surau yang cantik dan bermacam kemudahan lagi. Takan itu pun tak boleh buat.

Bagi AP yang baca dan bakal AP yang sedang mengidam kerusi empuk itu, sila fikirkan berkali-kali. Jika tidak mampu untuk hadir sidang dan berhujah serta menyuarakan pendapat dan pandangan rakyat. Tak payah ler jadi AHLI PARLIMEN hanya untuk dapat elaun dan glamor sebagai wakil rakyat. "RENTIKAN LER". Fikir-fikirkan lah bersama. JANGAN MEMPERBODOHKAN KAMI RAKYAT MALAYSIA DAN UMAT MELAYU.

Selasa, 15 Disember 2009

menangani kerenah media elektronik dan media baru


Salam buat semua pembaca, saya berkesempatan pada Khamis lalu (10/12/2009) berkongsi pengalaman bersama sekumpulan pengurusan tertinggi Takaful Ikhlas untuk bersembang mengenai tajuk diatas. Dikesempatan itu, saya merasakan bahawa alangkah baiknya jika semua warga GPMS dapat duduk bersama untuk memantapkan diri dengan ilmu menangani kerenah media elektronik dan media baru.

Perkongsian selama lebih 4 jam memberikan saya satu senario dimana sebenarnya keupayaan kita dalam memahami tugas dan peranan media sedia apakah kita mampu berhadapan dengan mereka ini. Petugas media bukannya gergasi atau mahkluk asing tetapi asing bagi kita kerana kita tidak memahami antarasatu dengan yang lain.

Kita hanya mahu kehendak kita dipenuhi, akan tetapi kehendak orang lain gagal kita penuhi itulah manusia yang sukardifahami. Jika anda berminat untuk mendapatkan perundingan sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Jumaat, 4 Disember 2009

TAMBAH RM24.50 UNTUK YURAN SEKOLAH TAHUN DEPAN

Bagan Datok, menurut sumber dari Kementerian Pelajaran serta Jabatan Pelajar Perak bahawa kadar baru yuran akan ditambah sebanyak RM24.50 bagi sesi persekolahan Januari 2010. selain dari pertambahan yuran turut ditambah ialah waktu pembelajaran bahasa Inggeris.

Jelas sumber lagi, bagi murid tahap satu sebanyak 330 minit tambahan masa manakala pelajar tahap dua sekolah rendah akan ditambah sebanyak 300 minit bagi mengukuhkan lagi penguasaan bahasa inggeris selaras dengan pembatalan Program Pengajaran dan Pembelajara Sain dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Akan tetapi perkara ini akan diumumkan secara rasminya oleh menteri yang berkenaan atau Ketua Pengarah Pelajaran sendiri. Setakat tulis ini disiarkan tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat. Kesemua maklumat diatas, hanya terpakai di negeri Perak buat masa ini.

Maklumat dari sumber yang dipercayai dipetik berkata, keputusan ini dicapai setelah satu mesyuarat dibuat diperingkat daerah dan negeri serta mengambil kira pelbagai faktor sebelum diputus.

Apa pun reaksi anda, yang pasti ibubapa perlu menantikan pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh kerajaan dalam hal ini. Tulis ini hanya memberikan gambaran awal sebelum perlaksaan dan penguatkuasaan hal ini dijalankan.