Rabu, 16 Disember 2009

KECOH LAGI 60:63 DI PARLIMEN.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan angka ajaib 60:63 semalam apabila Kerajaan Barisan Nasional nyaris gagal untuk meluluskan Peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Parlimen semalam. Persoalan yang timbul bagi kita semua apakah ini kualiti wakil rakyat (ahli Parlimen) yang kita pilih dalam pilihanraya yang lepas?

Ini berlaku mungkin kerana "1 Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN dan pencapaian diutamakan" adalah alasan yang menarik perhatian kita semua. Disebabkan rakyat didahulukan jadi Ahli Parlimen pun tidak sempat untuk menghadiri sidang dewan.

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan mengunjungi Parlimen dan menyaksikan sendiri sidang dewan yang kebetulan pada ketika itu lewat selesai sekitar jam 10:30 mlm. Bak kata orang Bagan Datok"boleh dibilang dengan jari jer, berapa kerat yang hadir".

Ada AP yang balik dan datang balik, ada yang datang untuk waktu di bertanya soalan dan menjawab soalan sahaja. Kesian kita yang menyokong mereka. Apakah susah duduk di Parlimen. Elaun dibayar, tempat makan ada, solat selesa dengan surau yang cantik dan bermacam kemudahan lagi. Takan itu pun tak boleh buat.

Bagi AP yang baca dan bakal AP yang sedang mengidam kerusi empuk itu, sila fikirkan berkali-kali. Jika tidak mampu untuk hadir sidang dan berhujah serta menyuarakan pendapat dan pandangan rakyat. Tak payah ler jadi AHLI PARLIMEN hanya untuk dapat elaun dan glamor sebagai wakil rakyat. "RENTIKAN LER". Fikir-fikirkan lah bersama. JANGAN MEMPERBODOHKAN KAMI RAKYAT MALAYSIA DAN UMAT MELAYU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan