Selasa, 23 Februari 2010

HAPUSKAN SEKOLAH CINA DAN INDIA

Demi memenuhi aspirasi dan konsep 1 Malaysia, GPMS Bagan Datok mencadangkan dihapuskan semua sekolah jenis kebangsaan cina dan india bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia.

Jika tidak, semua usaha yang menjurus kepada perpaduan, persefahaman serta permuafakan tidak akan memberikan sebarang makna. Ini kerana masing-masing mempunyai aliran sekolah masing-masing. Bila masanya akan berlaku penyatuan serta persefahaman kaum.

Cadangan penghapusan ini akan dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibentangkan dalam parlimen dalam masa yang terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan