Rabu, 17 Februari 2010

REAKSI BALAS CADANGAN PM

5 RIBU TEMPAT DI UITM PEMANGKIN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan dunia pendidikan orang Melayu, perjuangan bermula dengan Institut Teknologi Mara (ITM) sehingga dinaik taraf kepada Universiti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri meminta agar UiTM menyediakan tempat kepada 5 ribu orang pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah dinegara ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kelangsungan pendidikan pelajar Melayu.
Sehubungan dengan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datok menyokong penuh gesaan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu. Ini kerana GPMS Bagan Datok sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu ditangan kami.

Berpendapat, langkah yang diambil kerajaan ini dilihat bukan sahaja kepada peningkatan pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi akan tetapi harus dilihat dari sudut yang lain seperti peningkatan professional Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang kritikal yang didomonasi oleh kaum tertentu dinegara ini.

Selain itu, dengan tawaran kepada pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah setidak-tidaknya peningkatan taraf hidup keluarga pelajar yang terlibat akan berubah dalam masa lima tahun kemudian selepas bergraduasi.
Meskipun begitu, seperkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak university pula ialah jumlah yuran serta kos sara hidup sepanjang pengajian. Kemudahan dermasiswa, biasiswa atau pinjaman perlulah disediakan bagi memudahkan pelajar yang berjaya ditempat dalam program ini.

Skim bayaran balik pinjaman juga perlu dipermudahkan supaya kehidupan selepas pengajian benar-benar dapat dinikmati bukan sahaja pelajar yang terlibat malah keluarga juga dapat melepasi garis kemiskinan.

GPMS Bagan Datok juga mendapati hanya 50% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tempat melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta manakala baki 50% lagi terbiar tanpa sebarang aktiviti atau usaha seterusnya untuk belajar mahupun berkerja. Dalam usia yang muda, mereka ini biasanya hanyut dan terbiar juga penyumbang kepada peningkatan indeks jenayah.

Dalam situasi ekonomi dunia yang belum pulih sepenuhnya, tenaga muda ini seharusnya diberikan latihan kemahiran serta ilmu yang boleh membantu menjaya ekonomi sendiri. Ini juga selarasnya dengan model ekonomi baru yang bakal diumukan kerajaan, penjanaan ekonomi melalui ilmu pengetahuan dan modal insan.

Oleh yang demikian, GPMS Bagan Datok amat mengalu-alukan cadangan kerajaan bagi menyediakan tempat kepada 5 ribu pelajar atau lebih di UiTM dan tawaran seperti ini haruslah diikuti oleh lain-lain institutsi pengajian tinggi awam dinegara ini dan mungkin juga boleh dibuka kepada umum selaras dengan konsep 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan